Tuesday, January 12, 2010

DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF oleh Shahnon Ahmad

Berbahagialah orang yang suka membaca. Jika anda seorang yang suka membaca, jangan lupa memiliki buku ini. Buku ini ialah buku yang paling seronok dinikmati. Tidak percaya? Cubalah baca.
Kesan setelah membaca buku ini, saya masih teringat-ingat seperti seorang penglipurlara sedang bercerita dengan penuh gaya. Saya merasakan ini ialah kisah benar tentang kehidupan Shahnon semasa zaman kanak-kanaknya.
Gaya penceritaannya yang realiti, telus menyebabkan pembaca seakan-akan berada ditempat kejadian dan melihat sendiri perkara tersebut berlaku. Suasana kehidupan masyarakat kampung yang serba susah, kebanyakannya bekerja sebagai petani.
Bagi saya, yang paling menarik ialah cara Shahnon melontarkan idea-idea, tentang apa yang difikirkan semasa zaman kanak-kanaknya, sehingga tanpa disedari, saya turut dibawa menghayati zaman kanak-kanak beliau.
Sehingga sekarang, saya masih belum berhenti berfikir tentang apa yang telah saya baca dalam karya ini dan cerita-ceritanya berputar seperti wayang gambar....
Mungkin inilah yang dikatakan keseronokan membaca.
Selamat mencuba!!..

Disediakan oleh: Siti Zubaidah Mohamad Nor

No comments:

Post a Comment