Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Aminah berjalan sambil ............ sedulang hidangan.
A. memikul
B. menatang
C. menjinjing
D. mengepit
2. Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu tuan hakim diam ...................
A. terpaku
B. termenung
C. terharu
D. tercengang
3. Kehidupan petani di kawasan itu akan terus ........................ jika kemarau masih berlanjutan.
A. tersekat
B. terkandas
C. terhimpit
D. terbantut
4. Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ......................... ke negara Jepun.
A. singkat
B. sekejap
C. seketika
D. sebentar
5. Sebelum meninggalkan majlis itu ayah ..................... sesuatu ke telinga Pak Ngah.
A. menyatakan
B. menyuarakan
C. membisikkan
D. memberitahu
6. Oleh sebab dia sangat tekun ............... akhirnya dia berjaya.
A. berusaha
B. berbakat
C. termenung
D. berkelayakan
7. Kerajaan kita selalu memberi ............... kepada sesiapa yang dalam kesusahan.
A. pekerjaan
B. bantuan
C. kejayaan
D. pilihan
8. Ubi kentang yang empuk itu .......... dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa muda.
A. dilecek
B. dicanai
C. dilebur
D. dikopek
9. Pak Tua tidak dapat meneruskan perjalanannya lalu ___________ di atas anak tangga sebuah pondok di tepi hutan.
A. bercangkung
B. bertenggek
C. bertinggung
D. bertanjak
10. Orang ramai ............... oleh Menteri Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah amal.
A. dipujuk
B. dipaksa
C. diseru
D. diarah
11. Kita tidak boleh mengenepikan orang tua kerana kebolehan mereka masih .................
A. berkeyakinan
B. keyakinan
C. diyakini
D. meyakini
12. Guru Besar sekolah itu sedang mengikuti kursus dalam bidang .............. di Institut Aminuddin Baki,Genting Highlands.
A. pengurusan
B. urusan
C. pengurus
D. menguruskan
13. Hatinya dibaur rindu apabila terdengar ................ alunan biola dari teratak kecil nun jauh di permatang.
A. paluan
B. tiupan
C. gesekan
D. petikan
14. Saloma ialah seorang ............... . Dia pernah menjadi bintang filem Melayu yang terkenal satu masa dahulu.
A. seniwati
B. seniman
C. usahawan
D. wartawan
15. Menurut Ketua Polis Negara, ada beberapa cara untuk ............ jenayah.
A. membenteras
B. melenyapkan
C. membasmi
D. menghapuskan
16. Dengan penuh berhati-hati Kamal ......................... ikan pelaga di dalam lopak-lopak di tepi batas bendangnya lalu dibubuh ke dalam baldi.
A. menjerat
B. menjerut
C. menyauk
D. menyukat
17. Kelarai adalah merupakan seni .......... .
A. keanyaman
B. dianyam
C. anyaman
D. anyam
18. Ujian lisan diadakan untuk menguji ............. murid-murid dalam pengucapan lisan.
A. kecekapan
B. kepintaran
C. kefasihan
D. kemahiran
19. Keluarga Encik Bukhari telah bertahun-tahun ................ di Kampung Merbok.
A. berasal
B. bermastautin
C. berhijrah
D. bermusafir
20. Nenek ......... kepala adik dengan daun cekur yang telah ditumbuk lumat bagi menyejukkan ubun-ubunnya.
A. merata
B. membasah
C. memupuk
D. merenjis
21. Adik Lina .............. buyung yang berisi air lalu meletakkannya di bendul dapur.
A. mengelek
B. menjinjing
C. menatang
D. membibit
22. Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang.
A. pekerjaan
B. dikerjakan
C. mengerjakan
D. bekerja
23. Badan Ali yang …… itu menyebabkan dia ……. oleh lawannya.
A. mantap , takuti
B. sasa, ditakuti
C. kuat , ngeri
D. pejal , gerun
24. Pertemuan dengan ibu kandungnya yang terpisah selama lima tahun merupakan detik paling ............ di dalam hidup Ali ketika ini.
A. manis
B. lazat
C. suram
D. sedap
25. Perlawanan hoki itu terpaksa ......................... kerana penonton merusuh.
A. dimansuhkan
B. dibenteras
C. ditangguhkan
D. dibasmi
26. Setiap tingkahlaku kita mencerminkan peribadi kita.
A. menunjukkan
B. menggambarkan
C. menjelaskan
D. menonjolkan
27. Semua soalan yang diajukan oleh guru telah dapat ............. dengan tepat sekali.
A. dijawab
B. terjawab
C. jawapan
D. menjawab
28. .................. orang adalah satu perbuatan yang tidak baik.
A. Berkata-kata
B. Lihat
C. Cakap
D. Mengata
29. Zaharah ................. kesakitan apabila ....................... dari tangga.
A. terjerit , terjatuh
B. melompat, tersungkur
C. menjerit , terjatuh
D. memekik , menjunam
30. Dalam puisi yang berjudul "Jeritan Kalbu' Farid melahirkan jiwa yang telah lama merintih.
A. gelodak
B. gelojoh
C. gelagat
D. gelumang
31. Ramai polis trafik ............. di jalan-jalan utama untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.
A. menjaga
B. mengawas
C. meronda
D. menyelia
32. Lori minyak itu langgar tiang telefon.
A. me
B. di
C. me .... kan
D. kan
33. Kami kejut mendengar berita itu.
A. men...kan
B. ber
C. ter ... kan
D. ter
34. Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah patuh kepada .............. pihak sekolah
A. arah
B. arahan
C. suruhan
D. arahannya
35. Encik Rahim telah lantik menjadi ketua dalam rombongan ke Pulau Tioman.
A. me
B. di ... kan
C. di
D. ter
36. Melalui ............ para pelajar dapat memperbaiki penguasaan bahasa mereka.
A. bacaan
B. membaca
C. pembaca
D. pembacaan
37. "Lagu ini ditujukan kepada Cik Kansinar Karim dengan ucapan, mengapa ............ tanpa berita ?" kata juruhebah di dalam radio itu.
A. senyap
B. hening
C. diam
D. sepi
38. Berdasarkan ...................nya, dia memang arif dalam pekerjaan itu.
A. usia
B. pelajaran
C. pengetahuan
D. pengalaman
39. Yang buta datang berpimpin, yang tempang datang ...............
A. bertunjuk
B. bertongkat
C. berpegang
D. berleret
40. Ketika kami memasuki biliknya, buku-buku dan kertas-kertas ........... di atas meja.
A. berselerakan
B. berhamburan
C. berterbangan
D. bertempiran
41. Encik Shaari ............ wajah anaknya yang baru lahir dengan penuh kasih sayang sambil menjeling rnesra ke arah isterinya.
A. menatap
B. menyuarakan
C. menengok
D. menentang
42. Kalau dilihat pada tubuh badan dan rupa paras ................. dia berumur 20 tahun.
A. tetap
B. lulus
C. mungkin
D. sah
43. Keruntuhan moral dalam kalangan remaja pada masa ini amat sukar ................
A. dibelenggu
B. disingkir
C. dikongkong
D. dibendung
44. Pemuda itu .................... batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A. mengikis
B. menarah
C. meraut
D. mengupas
45. Ramai orang Kelantan pandai ................ kain songket.
A. mengait
B. menekat
C. menenun
D. menyulam
46. Amir ............ akan ketibaan ayah dan keluarganya dari London.
A. menanti
B. menunggu
C. ternanti
D. tertunggu
47. Kuih pau ini belum di ............... oleh ibu lagi.
A. masak
B. rendam
C. tanak
D. kukus
48. Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang.
A. pekerjaan
B. dikerjakan
C. mengerjakan
D. bekerja
49. Anak lembu itu mati ............ pokok jati.
A. ditekan
B. dihempap
C. ditindan
D. ditutup
50. Burung helang bolehlah ....................... dalam golongan haiwan pemangsa.
A. memasuki
B. termasuk
C. dimasuki
D. dimasukkan
51. Arsat sedang ........... kedatangan saudaranya dari Singapura.
A. menanti
B. dinanti
C. penantian
D. nantikan
52. Sarang tebuan tanah itu .............. . di bawah rumah.
A. menggunung
B. menimbun
C. membukit
D. membusut
53. Amir ............ akan ketibaan ayah dan keluarganya dari London.
A. menanti
B. menunggu
C. ternanti
D. tertunggu
54. Perlawanan hoki itu terpaksa ......................... kerana penonton merusuh.
A. dimansuhkan
B. dibenteras
C. ditangguhkan
D. dibasmi
55. Ranting pohon rambutan itu belum di........................oleh Pakcik Salim.
A. cabut
B. sambung
C. cantas
D. patah
56. Dia .................. terbunuh di dalam kemalangan itu apabila kereta yang dipandunya terhumban ke dalam gaung.
A. betul-betul
B. nyaris-nyaris
C. dekat-dekat
D. jauh-jauh
57. Razak ............ pada kehendak ibu bapanya yang mahukan dia tinggal di asrama.
A. patuh
B. tunai
C. taat
D. ikut
58. Setiap apa yang kita lakukan mestilah ……. Kepada keyakinan diri dan jangan berasa ……….
A. percaya, waspada
B. kepercayaan, ragu-ragu
C. tegas, takut
D. tegas, waspada
59. Orang-orang yang beragama ................. merayakan Hari Deepavali.
A. Kristian
B. Hindu
C. Khatolik
D. Buddha
60. Baginda Sultan Johor akan …. ke majlis persidangan raja-raja yang akan diadakan petang ini.
A. pergi
B. bertolak
C. datang
D. berangkat
61. Sebagai sumbangannya kepada negara, kaum wanita telah menubuhkan pasukan ..........
A. relawan
B. relawati
C. juruwati
D. pahlawan
62. Beberapa orang murid yang melanggar disiplin sekolah telah .................
A. mendenda
B. dihukum
C. didenda
D. didendakan
63. Guru disiplin memberi ..................... kepada Khairul supaya tidak ponteng sekolah lagi.
A. pesanan
B. amaran
C. perintah
D. tunjuk ajar
64. Sui Lan tinggal ................ dengan keluarganya.
A. jauhan
B. berjauhan
C. dekatan
D. kejauhan
65. Puan Siti Mariam .......... akan mengadakan kenduri apabila anaknya pulang dari luar negeri.
A. berjanji
B. merancang
C. berniat
D. berazam
66. Dahan jambu yang dicantas beberapa minggu lalu telah mula ............
A. berdaun
B. berpucuk
C. bercambah
D. bertunas
67. Pihak polis telah berjaya ......................... kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A. menumbangkan
B. menundukkan
C. menewaskan
D. menumpaskan
68. Kita hendaklah makan dengan ............ supaya tidak tercekik.
A. tertib
B. cepat
C. sopan
D. gelojoh
69. Kita dinasihatkan menggunakan ............... ketika hendak menyeberangi jalan raya.
A. jambatan
B. jejenang
C. jejantas
D. titian
70. Jika tiada angin ..................... pokok bergoyang.
A. masakan
B. masa
C. memasakan
D. masakkan
71. Zamri tidak ............. sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis itu.
A. percaya
B. menerima
C. menduga
D. merasa
72. Pakaian di ampaian itu ................ ditiup bayu.
A. bergegar
B. bergoyang
C. berbuai
D. berkocak
73. Manan mencekak batang-batang padi. Kemudian, membanting kuat-kuat untuk ............ biji-biji padi daripada tangkainya.
A. mematahkan
B. meleraikan
C. mencabutkan
D. menjatuhkan
74. Apabila beduk dipalu ........... suara azan memecah kesunyian pagi yang dingin.
A. bergemalah
B. bergetarlah
C. bergegarlah
D. berderailah
75. Alia sedang bersih kawasan rumahnya
A. mem
B. ke ....an
C. mem ... kan
D. ber .... kan
76. Suaranya yang ........... itu memikat orang yang mendengarnya.
A. nyaring
B. bising
C. merdu
D. parau
77. Salinah berjalan ke sekolah sambil .......... fail dicelah lengannya.
A. menjunjung
B. mengelek
C. membimbit
D. mengheret
78. Ramai rakyat yang .................... akibat daripada peperangan.
A. derita
B. deritakan
C. menderita
D. dideritakan
79. Encik John didapati ..................... oleh mahkamah dan dipenjarakan.
A. tersalah
B. menyalahi
C. menyalah
D. bersalah
80. Orang yang menulis atau menghasilkan puisi atau prosa kita namakan ............
A. sasterawan
B. seniman
C. angkasawan
D. hartawan
81. Rashid adalah seorang pemuda yang baik hati tetapi nasibnya sentiasa .............. malang.
A. sedih
B. ditimpa
C. didatangi
D. dirundung
82. Beberapa ekor kambing ................. di padang.
A. bertempiaran
B. berhamburan
C. berkeliaran
D. berselerakan
83. Mak Uteh .......................... pokok-pokok bunga orkidnya dengan air.
A. dicurahi
B. mencurahkan
C. mencurahi
D. curah
84. Puan Quah menerangkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya dengan ............ .
A. berpanjangan
B. panjang-lebar
C. berlarut-larutan
D. terus-menerus
85. "Kegiatan luar bilik darjah" yang menjadi topik utama ......... dalam perbahasan itu.
A. perdebatan
B. perbualan
C. pengetahuan
D. perlancaran
86. Pertarungan ...................... antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium
A. keras
B. sengit
C. hangat
D. gemuruh
87. Kulit buku ini sudah ....................... warnanya kerana sering bertukar tangan daripada seorang pembaca kepada pembaca yang lain.
A. redup
B. suram
C. pudar
D. muram
88. Mereka tidak dapat bermain sepak takraw kerana .............. jaring telah koyak.
A. tenunan
B. sulaman
C. siratan
D. kaitan
89. Kak Gayah sedang ............ jagung yang dibelinya di pasar tadi.
A. merebus
B. menjerang
C. menanak
D. mengukus
90. Dengan semangat ................. yang tinggi pasukan Malbatt dapat menewaskan pemberontak di negara ini.
A. perang
B. Iawan
C. berani
D. juang
91. Ah Kim menyerahkan ..................... bunga mawar kepada kekasihnya sebelum dia berangkat ke Istanbul.
A. seberkas
B. selonggok
C. sejambak
D. seketul
92. Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang.
A. condong
B. senget
C. bengkok
D. bongkok
93. Abu ............. almari kain kakaknya apabila buku ceritanya didapati hilang.
A. menyusup
B. menyorok
C. menyelinap
D. menggeledah
94. Suasana perbincangan itu menjadi semakin ............... kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.
A. bising
B. hangat
C. ribut
D. kencang
95. Orang yang ilmu akan sentiasa dihormati.
A. me ... kan
B. ber
C. ter
D. me
96. Salinah berjalan ke sekolah sambil ........... fail dicelah lengannya.
A. menjunjung
B. mengelek
C. membimbit
D. mengheret
97. Lebah telah .................... pipi Anis.
A. sengat
B. menyengat
C. disengat
D. penyengat
98. Penoreh-penoreh itu sedang .................. kebun getah masing-masing.
A. kerja
B. mengerjakan
C. dikerjakan
D. pekerjaan
99. Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang.
A. condong
B. senget
C. bengkok
D. bongkok
LATIHAN PENGAYAAN 1
1. Bilakah _________ akan pergi ke perpustakaan sekolah?” Midah bertanya kepada rakan-rakannya.
A. dia
B. kamu
C. saya
D. mereka
2. Harga alat tulis yang dijual di kelas ini lebih murah ________ harga alat tulis di kedai lain.
A. dari
B. pada
C. daripada
D. di
3. Kartini membawa se_______ payung kerana hujan pada setiap hari.
A. bentuk
B. gulung
C. rawan
D. kaki
4. Ibu suka menanam pokok bunga _______ masa lapang.
A. pada
B. di
C. kepada
D. ke
5. Jamuan tahunan diadakan setiap tahun _______ menjalinkan hubungan baik dalam kalangan pekerja.
A. demi
B. untuk
C. supaya
D. hingga
6. perayaan tahun baru ………… dengan perasaan gembira.
A. sambut
B. menyambut
C. disambut
D. penyambutan
7. Mohan ________ terkejut apabila dipilih sebagai ketua pengawas di sekolah.
A. belum
B. akan
C. sangat
D. pernah
8. _________anak saudaraku, ingatlah nasihat ayah dan ibu!
A. Wahai
B. Hai
C. Oh
D. Eh
9. Ibu selalu mengingatkan saya _______ rajin berusaha tangga kejayaan.
A. supaya
B. tentang
C. demi
D. hingga
10. Pulau Langkawi ialah pulau peranginan yang _________ di Malaysia.
A. kenal
B. mengenal
C. terkenal
D. dikenal
LATIHAN PENGAYAAN 2
1. Keputusan mendirikan dewan besar dibuat ______ pengetua.
A. oleh
B. sebab
C. kerana
D. daripada
2. Pentas itu dihiasi oleh _____ dengan cantik untuk majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan pada minggu depan.
A. mereka
B. demi
C. kita
D. aku
3. __________ dikenang peristiwa yang telah berlaku.
A. Sila
B. Usah
C. Tolong
D. Minta
4. _________, hebat betul perbalahan tadi!
A. Wah
B. Amboi
C. Cis
D. Eh
5. Dia seorang yang pandai_______ sombong.
A. serta
B. namun
C. dan
D. tetapi
6. Gadis berambut pendek itu berasal ________ Sarawak.
A. dari
B. daripada
C. pada
D. di
7. Majalah yang baru dibeli oleh kakak ada ____ saya.
A. ke
B. pada
C. demi
D. terhadap
8. Borang permohonan kad pengenalan ini perlu diserahkan di kaunter A atau ____
kaunter B?
A. di
B. pada
C. dalam
D. dengan
9. Pokok-pokok itu ______ apabila ditiup angin yang kuat.
A. berkocak
B. bergegar
C. berbuai
D. bergoyang
10. Amirul ________ ke pentas untuk menerima sijil dalam majlis penyampaian
hadiah di sekolahnya.
A. tampil
B. terbit
C. timbul
D. muncul
LATIHAN PENGAYAAN 3
1. _______ cuti akhir tahun, keluarga Azmi pergi ke luar negeri.
A. Di dalam
B. Pada
C. Di
D. Dalam
2. Peperiksaan gerak gempur dijalankan semasa ________ semasa.
A. ke
B. kepada
C. pada
D. di
3. Amidi mengirim kad ucapan _______ keluarganya di Sabah.
A. di
B. pada
C. kepada
D. dari
4. Dia ________ saya sepasang kasut.
A. diberi
B. memberi
C. pemberian
D. beri
5. Siti berasa kecewa _________ mendengar berita itu.
A. apabila
B. bila
C. ketika
D. semasa
6. ________ benar berita yang disiarkan atau khabar angin sahaja?
A. Apakah
B. Berapakah
C. Adakah
D. Mengapakah
7. Di Pakistan, wanita ________ periuk berisi air untuk minum dan memasak nasi.
A. menatang
B. mengelek
C. menjinjing
D. menjunjung
8. Semua orang tahu _______ Amin anak jutawan itu.
A. bahawa
B. yang
C. tentang
D. akan
9. Kumpulan kami sedang berbincang ________ program sambutan Hari
Kemerdekaan di sekolah.
A. terhadap
B. tentang
C. demi
D. untuk
10. Kamal seorang yang pendiam _______ dia suka membantu rakan-rakan yang
menghadapi masalah.
A. tetapi
B. atau
C. kerana
D. sebab
LATIHAN PENGAYAAN 4
Betulkan kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat-ayat berikut.
1. Semua pemandu itu ditangkap kerana beliau tidak mempunyai lesen memandu.
2. Para-para murid-murid itu didenda oleh guru disiplin kerana mereka-mereka
ponteng kelas Matematik.
3. Berbagai jenis buah-buahan ada dijual di pasar raya Giant.
4. Tiap minggu dia balik ke kampung halaman untuk menziarahi orang tuanya.
5. Peserta-pserta yang menambil bahagian dalam Pesta Pantun diberi empat setengah minit untuk membalas pantun yang dijual oleh pihak lawanya.
6. Beribu penduduk tempatan terkorban dalam letupan bom yang berlaku di bandar itu.
7. Setengah orang gemar bermain golf di padang.
8. Kedua pelajar itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan.
9. Mereka sedang membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat itu.
10. Kamal pergi ke Kelantan kerana ia perlu membuat penyelidikan di tiap sekolah rendah.
LATIHAN PENGAYAAN 5
Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat berikut.
1. Walaupun telah saya basuh beberapa kali baju saya tetapi masih terdapat tongkol minyak. (__________)
2. Pemuda itu menjual sekaki kelapa panduan berhampiran perhentian bas. (_______
3. Wanita itu membeli sepucuk payung di pasar raya Giant di senawang. (_______)
4. Nelayan sedang menangkap ikan dengan menggunakan sepuntung jala.(_______)
5. Di lantai bilik mandi terdapat selonggok rambut.(________)
6. Di belakang bilik darjah Satu Efisyen terdapat sepotong kertas. (______)
7. Pengetua naik ke pentas untuk memberi sepetak dua kata dalam majlis penyampaian hadiah.(_______).
8. Sekelompok burung layang-layang berterbangan di angkasa. (_______)
9. Kamsiah telah membeli seruas subang dari pasar raya itu. (_______)
10. Di belakang rumah Amin terdapat sebaris jalan raya. (_____)
LATIHAN PENGAYAAN 7
Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat berikut.
1. Murid-murid tidak dapat menulis karangan yang baik kerana kurang dalam penguasaan bahasa. ( ________ )
2. Mereka menerima pinjaman dari pihak bank dengan kadar bunga yang rendah. ( __________)
3. Alat tulis-alat tulis yang dijual di Kedai Dua Ringgit itu sangat murah. (__________ )
4. Pertukaran jadual waktu kelas tambahan akan dimaklumkan daripada masa ke semasa. ( _________)
5. Di hari ini, pertandingan syarahan akan diadakan di dewan besar. ( __________)
6. Dia akan pergi ke Pesta Buku di Kuala Lumpur kalau diizinkan oleh ibu bapanya. ( ________)
7. Dia lewat datang ke pejabat keretanya rosak di lebuh raya. ( ________________)
8. Suasana di pasar malam riuh-rendah dan dikunjungi dengan banyak orang. ( ________________)
9. Amran tidak boleh menghadiri majlis itu kerana dia perlu pergi ke tempat lain. ( ________)
10. Baju yang dijual di Butik Sutera itu bukan mahal. ( ________ )
No comments:
Post a Comment