Wednesday, November 18, 2009

Latihan Cuti Akhir Tahun 2009 - Tingkatan 1

Jawab semua soalan yang berikut berdasarkan novel Tragedi Empat Disember

1. Berdasarkan novel tersebut, nyatakan tiga persoalan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan hari ini.
2. Watak utama dalam sebuah novel lazimnya berhadapan dengan pelbagai konflik. Nyatakan tiga konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel.
3. Pelbagai citra masyarakat dapat anda temukan dalam novel, jelaskan tiga daripada citra masyarakat tersebut.
4. Nilai kemanusiaan banyak diketengahkan oleh pengarang novel tersebut. Huraikan tiga nilai kemanusiaan beserta contohnya sekali.
5. Disebalik peristiwa dalam sesebuah novel, terdapat ikhtibarnya. Nyatakan tiga peristiwa yang dapat anda jadikan ikhtibar.

Anda boleh menaip tugasan anda. Semua tugasan perlu dihantar kepada guru Bahasa Melayu kelas masing-masing pada minggu pertama sesi persekolahan 2010.

No comments:

Post a Comment