Thursday, November 12, 2009

Latihan Cuti Akhir Tahun 2009 - Tingkatan 2

Jawab semua soalan yang berikut berdasarkan novel Kanang : Cerita Seorang Pahlawan.

1. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang novel Kanang:Cerita Seorang Pahlawan. Berdasarkan novel tersebut, nyatakan tiga persoalan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan hari ini.

2. Watak utama dalam sebuah novel lazimnya berhadapan dengan pelbagai konflik. Nyatakan tiga konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel Kanang:Cerita Seorang Pahlawan.

3. Pelbagai citra masyarakat dapat anda temukan dalam novel Kanang:Cerita Seorang Pahlawan. Jelaskan tiga daripada citra masyarakat tersebut.

4. Nilai kemanusiaan banyak diketengahkan oleh pengarang novel Kanang:Cerita Seorang Pahlawan. Huraikan tiga nilai kemanusiaan tersebut beserta contohnya yang sesuai.

5. Di sebalik peristiwa dalam sesebuah novel, terdapat ikhtibarnya. Nyatakan tiga peristiwa yang dapat anda jadikan ikhtibar dalam novel Kanang:Cerita Seorang Pahlawan.

Hantar tugasan anda kepada guru BM kelas anda. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibahagian komen. Selamat bercuti semoga anda gembira sepanjang cuti panjang ini.

No comments:

Post a Comment