Monday, August 23, 2010

PERIBAHASA ( bagai)

Serumpun bagai serai, selubang (= seliang) bagai tebu.

Takrif

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serangkap bak lembing, serumpun bak serai.

Takrif

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai.

Takrif

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.

Takrif

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekebat bagai sirih.

Takrif

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti.

Takrif

Yang diganti sama dengan yang hilang. tembilang = alat penggali lubang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.

Takrif

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kacang direbus satu.

Takrif

Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jelongak kerbau rampung.

Takrif

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi terkurung siang.

Takrif

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment