Tuesday, August 24, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai23)

Di luar berkilat di dalam berongga.

Takrif

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di luar merah di dalam pahit.

Takrif

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu, b. Di luar berkilat di dalam berongga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat bagai air dalam pembuluh.

Takrif

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertelingkah bagai antan di lesung.

Takrif

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersesalan bagai Batak lari.

Takrif

Tuduh-menuduh sama sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersesak bagai ular tidur.

Takrif

Tidak leluasa (kerana kemiskinan, kepicikan wang dan sebagainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berseleleran bagai getah di lalang.

Takrif

Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkepanjangan bagai agam.

Takrif

Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bercabang bagai lidah biawak.

Takrif

Tidak dapat dipercayai barang katanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbudi bagai pisang lebat.

Takrif

Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment