Monday, August 23, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai)

Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan.

Takrif

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi ditarik keluan.

Takrif

Menurut dengan tidak membantah. keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.

Takrif

Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jempuk kesiangan hari.

Takrif

Kebingungan; termenung-menung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai itik pulang petang.

Takrif

Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ilak bercerai dengan benang.

Takrif

Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai air titik ke batu.

Takrif

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Takrif

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai haruan di dalam tuar.

Takrif

Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai harimau beranak muda.

Takrif

Orang perempuan yang terlalu bengis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment