Tuesday, August 24, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai24)

Cerdik bagai ekor kerbau.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu).

Takrif

Geliang-geliut kerana kesakitan. cengkeling = berbelit-belit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dialas bagai memengat.

Takrif

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditating bagai minyak penuh.

Takrif

Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disisih bagai antah.

Takrif

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Takrif

Perihal keburukan sifat seseorang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.

Takrif

Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela.

Takrif

Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. mua = melampau.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bagai babi merasa gulai.

Takrif

Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jirus bagai bulan akan habis.

Takrif

Modal yang makin lama makin susut. jirus = tirus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment