Tuesday, August 24, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai18)

Bagai kerbau terkejut oleh gong.

Takrif

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti rusa masuk kampung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kerbau runcing tanduk.

Takrif

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu).

Takrif

Hidup dalam kemelaratan. kerakap = sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kera diberi kaca.

Takrif

Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kera dapat bunga). (Bandingkan dengan: Memberi bunga kepada kera [monyet]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kena sentung pelali.

Takrif

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai keluang bebar petang.

Takrif

Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kelip-kelip terbang malam.

Takrif

Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai keli kena ketuk.

Takrif

Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus.

Takrif

Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa. kayu lempung = kayu ringan dan lunak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anak dara sudah berlaki.

Takrif

Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment