Monday, August 23, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai4)

Bagai gagak menggonggong telur.

Takrif

Perempuan hodoh berpakaian bagus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gadis jolong menumbuk.

Takrif

Rajin dan bersungguh-sungguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Takrif

Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai empedu lekat di hati.

Takrif

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai emak mandul baru beranak.

Takrif

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai duri dalam daging.

Takrif

Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai diurap dengan daun katang-katang.

Takrif

Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai air daun talas (= keladi).

Takrif

Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ditembak petus tunggal.

Takrif

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Dientak [hentak] alu luncung). putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai dirahap kain basah.

Takrif

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment