Tuesday, August 24, 2010

PERIBAHASA (PERUMPAMAAN -bagai20)

Bagai kilat senja, bagai petir tunggal.

Takrif

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan.

Takrif

Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan.

Takrif

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.

Takrif

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam.

Takrif

Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang.

Takrif

Orang yang tidak ada perasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keras bagai batu, tinggi bagai langit.

Takrif

Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang bagai hari, terang bagai bulan.

Takrif

Kesalahan yang sudah nyata sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.

Takrif

Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selera bagai taji, tulang bagai kanji.

Takrif

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

No comments:

Post a Comment